Jamal Diminta Pertimbang Semula Keputusan Letak Jawatan - Semasa | mStar

Jamal Diminta Pertimbang Semula Keputusan Letak Jawatan

Jamal Md Yunos.

SUNGAI BESAR: Naib Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi mahu Datuk Seri Jamal Md Yunos mempertimbangkan semula keputusan meletak jawatan ketua bahagian itu dan pengerusi Barisan Nasional (BN) kawasan Parlimen Sungai Besar.

Katanya Jamal dipilih oleh perwakilan dan seharusnya memenuhi amanah yang diberi oleh anggota parti, sementelah pilihan raya umum ke-14 juga semakin hampir.

"Perpaduan antara anggota Umno di kawasan ini juga pada tahap yang paling baik dan saya rasa sekarang bukan waktu untuk Jamal meletakkan jawatan," kata Budiman yang juga Anggota Parlimen Sungai Besar.

Serentak itu juga beliau meminta Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar membuat pertimbangan bijak dalam isu Jamal.

Budiman berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran akhbar Sungai Besar Kini yang beliau terbitkan, di sini Rabu.

Pelancaran akhbar berbentuk tabloid itu disempurnakan oleh Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof.

Budiman berkata bagaimanapun pihaknya bersedia untuk akur dengan segala keputusan dan arahan yang dibuat oleh kepimpinan Umno negeri berhubung isu itu.

Jamal pada Rabu menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Sungai Besar dan Pengerusi BN Parlimen itu kepada Noh di Putrajaya.

Jamal dilapor berkata beliau nekad dengan pendiriannya untuk melepaskan jawatan tersebut kerana tidak mahu membebankan Umno susulan penahanannya berhubung kes pencerobohan dan samun sebuah pusat hiburan pada Disember lalu.

Pada Isnin lepas, Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, mengumumkan akan melepaskan semua jawatannya dalam parti selepas dibebaskan daripada tahanan reman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. - BERNAMA

Jamal Md Yunos , letak jawatan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain