suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Posmen Didenda RM3,500 Gara-Gara Pukul Warga Nepal

GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar surat didenda RM3,500 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin selepas mengaku bersalah memukul seorang warga Nepal menggunakan topi keledar.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Muhammad Harith Radzalli Firdaus, 21, kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada pengawal keselamatan, Thapa Shankar, 40, di tempat parkir kereta sebuah pangsapuri di Jalan Anjung Putra Off, Jalan Sultan Ismail, di sini, pada 8.30 pagi, 4 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam M. Mathavan memohon mahkamah mengenakan denda minimum dengan alasan anak guamnya kesal atas perbuatannya dan perlu bekerja bagi membantu keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa. - BERNAMA

Pukul

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain