suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

World Quran Hour 2017 Pada 31 Ogos

GAMBAR FAIL

PUTRAJAYA: Bacaan al-Quran akan diperdengarkan secara serentak di masjid di seluruh negara selama satu jam bersempena ibadah wukuf di  Arafah pada 9 Zulhijjah ini yang secara kebetulan jatuh pada sambutan Hari Kebangsaan.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata program itu dianjurkan sempena World Quran Hour.

Beliau yang juga Pengasas Kumpulan Karangkraf berkata program itu bertujuan menggalakkan umat Islam membaca, memahami serta menghayati al-Quran selain mengadakan interaksi atau perbincangan mengenainya serta menjadikan kitab suci itu sebagai panduan dalam kehidupan seharian mereka. 

"Program ini akan menggalakkan umat Islam lebih mengenali dan mendekati Quran. Dengan ini kita boleh melahirkan umat Islam yang baik dan ia akan diterjemahkan dalam akhlaknya. Ini akan membuka mata orang bukan Islam bahawa Islam itu indah," katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.

Beliau sebelum itu menghadiri taklimat persiapan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini.

Beliau berkata program yang diadakan sejak tiga tahun lalu mendapat sambutan yang mengalakkan daripada umat Islam negara ini.

World Quran Hour

Artikel Lain