suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot Karam: Polis Sahkan Identiti Mayat Yang Ditemui Sabtu

Anggota polis mengusung mayat seorang wanita ketika tiba di jeti Markas Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 4 Sabah, Sabtu lalu. -fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Mayat seorang wanita yang ditemui oleh nelayan di perairan Pulau Mengalum pagi Sabtu telah dikenal pasti sebagai salah seorang daripada enam yang hilang dalam kejadian bot karam pada 28 Januari lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata laporan DNA telah dimuktamadkan pada petang Isnin dan pihak keluarga telah dimaklumkan mengenainya.


"Ia telah disahkan sebagai wanita berusia 38 tahun yang hilang bersama anak perempuannya," katanya.

Bagaimanapun, anak perempuan wanita itu yang berusia 10 tahun, tiga pelancong Cina yang lain dan seorang anak kapal tempatan masih hilang.

Suaminya terselamat dalam kejadian itu dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth.

Mayat wanita itu ditemui kira-kira 13 batu nautika (kira-kira 20km) dari bot penumpang jenis Catamaran itu dipercayai karam.

Mayatnya ditemui terperangkap dalam pukat.
Pulau Mengalum, bor karam, Catamaran

Artikel Lain