suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah Empat Mangsa Kebakaran Dibawa Pulang Ke Butterworth Malam Ini

Empat individu ditemui mati dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Jalan USJ 2/3 pagi Isnin. -fotoBERNAMA
SERDANG: Mayat empat mangsa kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Subang Jaya awal pagi tadi akan dibawa ke kampung asal mereka di Butterworth, Pulau Pinang malam Isnin.

Kesemua mangsa sebelum ini dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga mereka untuk urusan pengebumian.

"Bedah siasat telah selesai lewat petang tadi dan kami akan membawa mereka pulang ke Butterworth dan dijangka urusan pengebumian akan diadakan pada Jumaat ini," kata Victor Goh, anak saudara kepada seorang daripada mangsa, Bee Khion kepada media di sini.

Pada kejadian awal pagi tadi, tiga mangsa ditemukan di dalam bilik tidur manakala seorang lagi mangsa dalam bilik air.

Katanya, dalam kebakaran yang bermula kira-kira 5.30 pagi itu, 80 peratus daripada rumah berkenaan musnah terbakar.

kebakaran, Subang Jaya

Artikel Berikut

Artikel Lain