suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amanah Tidak Bertanding Di Tanjong Datu

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan bertanding menentang Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kawasan Tanjung Datu pada 18 Februari ini.

Setiausaha agung parti, Mohd Anuar Tahie berkata, Amanah sebaliknya memilih untuk memberi tumpuan terhadap persediaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Amanah meneliti senario politik semasa dan penting buat kami untuk memberi tumpuan terhadap semua usaha termasuk persediaan dan perancangan menghadapi pilihan raya," kata beliau pada Khamis.

Kerusi Tanjong Datu kosong ekoran kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.

Balu Allahyarham, Puan Sri Jamilah Anu dipilih sebagai calon Barisan Nasioal untuk merebut kerusi tersebut dengan penamaan calon dijadualkan pada 4 Februari ini dan undian pada 18 Februari.

Amanah merupakan sebahagian kumpulan pembangkang Pakatan Harapan yang sebelum ini meletakkan calon PKR untuk bertanding di Tanjong Dato pada pilihan raya negeri Mei tahun lepas.

Keputusan parti itu mungkin memberi laluan kepada Barisan Nasional untuk menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon.

Artikel Lain