suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwaan Harimau, Singa Di Zoo Melaka 'Tenat' Tidak Benar

IPOH: Keadaan harimau dan singa di Zoo Melaka dilaporkan baik selepas pemeriksaan dilakukan terhadap haiwan tersebut.

Pengerusi Persatuan Taman Zoologi dan Akuaria Malaysia (Mazpa), Dr Kevin Lazarus berkata, walaupun seekor daripada harimau yang ditempatkan di zoo tersebut sudah tua, tetapi dakwaan yang mengatakan haiwan terbabit tidak dijaga dengan baik adalah tidak benar.

Jelas beliau, seorang wakil Mazpa dikerah melakukan pemeriksaan di zoo tersebut pada Rabu bagi memeriksa haiwan itu susulan dakwaan yang tersebar dalam laman sosial Facebook.

"Haiwan tersebut tidak kelihatan teruk seperti yang didakwa.

"Mazpa akan menghantar sepasukan pegawai ke Melaka untuk melakukan pemeriksaan lanjut," katanya.

Mazpa, Zoo Melaka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain