Tiga Suspek Dera Bayi Hadapi 10 Pertuduhan - Semasa | mStar

Tiga Suspek Dera Bayi Hadapi 10 Pertuduhan

KAJANG: Pemilik taska dan dua pekerjanya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas 10 pertuduhan melakukan penganiayaan dan bersubahat melakukan penganiayaan terhadap dua kanak-kanak dan seorang bayi, yang menjadi tular di laman sosial, dua minggu lalu.

Sayani Ahmad, 46, pemilik taska dan dua penyelia taska berkenaan iaitu Nur Azureen Mohamad Nordin, 24, dan Nurhazirah Mohd Azuki, 25, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Noridah Adam.

Sayani didakwa atas empat pertuduhan manakala Nur Azureen dan Nurhazirah masing-masing didakwa atas tiga pertuduhan.

Berdasarkan pertuduhan pertama sehingga ketiga, Sayani didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan kepada dua kanak-kanak berusia setahun empat bulan dan seorang bayi berusia 11 bulan di Taska Ilham Kasih, No 1, Jalan 15/5, Garden Home, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat, di sini pada 10.12 pagi, 3 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau  kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat Sayani didakwa menjalankan pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak tanpa lesen di taska yang sama antara Jun 2016 dan 19 Jan 2017.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 6(2) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak lebih RM2,000.

Nur Azureen dan Nurhazirah masing-masing didakwa atas tiga pertuduhan bersubahat melakukan penganiayaan kepada mangsa yang kesalahan penganiayaan itu dilakukan atas sebab-sebab persahabatan, di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria menawarkan wang jaminan RM35,000 bagi Sayani untuk keempat-empat pertuduhan manakala masing-masing RM30,000 untuk Nur Azureen dan Nurhazirah, bagi ketiga-tiga pertuduhan.

Peguam Joseph George yang mewakili ketiga-tiga tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu dengan alasan mereka merupakan penanggung utama keluarga.

"Tertuduh pertama iaitu Sayani mempunyai dua anak dan suaminya tidak bekerja kerana menghidap penyakit buah pinggang manakala Nur Azureen dan Nurhazirah pula belum berkahwin dan datang dari kampung untuk mencari pendapatan di Kuala Lumpur bagi menampung keluarga," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Noridah membenarkan kesemua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan keluarga.

Mahkamah menetapkan 21 Februari untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.

Kes berkenaan menjadi tular selepas sekeping gambar kanak-kanak dan bayi yang diikat kaki dan tangan selain mulut mereka ditutup dengan kain lampin di sebuah taska tersebar di laman sosial dua minggu lalu.

Dera Bayi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?