suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Perairan Sabah

Sebahagian daripada mangsa bot karam yang terselamat ketika tiba di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di perairan Pulau Mamutik tidak jauh dari sini, pagi Rabu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa cuba untuk mengesahkan sama ada mayat tersebut, yang ditemui kira-kira pukul 10 pagi ini adalah salah seorang daripada enam yang masih hilang selepas kejadian bot karam pada Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din mengesahkan menerima laporan tetapi masih tidak dapat mengesahkan identiti mayat.

"Kami tidak boleh mengesahkan identitinya lagi. Beri kami sedikit masa," katanya ketika dihubungi.

"Kami tidak mahu memberikan maklumat salah," katanya.

Pada 28 Januari, sebuah bot pelancong jenis Catamaran yang membawa 31 orang termasuk 28 warga China dan tiga anak kapal karam sejam selepas berlepas dari jeti Tanjung Aru pada pagi Sabtu.

Usaha mencari bermula serta-merta selepas syarikat yang mengendalikan bot tersebut melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa, 12 jam selepas kejadian itu.

Seramai 20 pelancong dari China terselamat selepas melalui pengalaman pahit berada di laut selama 32 jam, manakala tiga lagi meninggal dunia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain