suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesakit Kelas Ketiga Nikmati Perkhidmatan Percuma

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam memberi jaminan bahawa pesakit wad kelas tiga di hospital kerajaan akan terus menikmati perubatan percuma seperti sebelum ini.

Katanya walaupun Kabinet memutuskan untuk mengkaji semula caj baharu perkhidmatan wad pesakit kelas satu dan dua, kerajaan tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

"Rakyat Malaysia yang telah menikmati penjagaan kesihatan percuma atau mendapat subsidi yang besar dalam penjagaan kesihatan akan terus menerima perkhidmatan sedemikian," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata caj rawatan bagi pesakit kelas satu dan dua akan dikaji semula berikutan kadar itu tidak disemak bagi tempoh yang lama.

Sebelum ini, caj minimum untuk wad kelas pertama dan kedua di hospital kerajaan dikenakan sebanyak RM30 dan RM20 bagi setiap kelas.

Mengikut kadar baharu, caj kelas pertama meningkat kepada RM45 dan RM25 untuk kelas kedua.

Tiada perubahan dibuat terhadap rawatan perubatan kelas ketiga yang mengenakan bayaran sebanyak minimum sebanyak RM3.

S. Subramaniam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain