suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Kompromi Pegawai Langgar Integriti - KP Imigresen

Mustafar Ali.

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi terhadap pegawai yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan.

Tindakan mesti dikenakan terhadap mereka, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali.

Merujuk kepada penahanan empat pegawai Jabatan Imigresen Selangor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin, beliau berkata dalam kes itu, jabatan sendiri melalui hasil risikan dan audit dalaman telah mengesan perbuatan mereka dan berkongsi maklumat dengan SPRM.

Katanya, hukuman serius di peringkat jabatan juga akan diambil termasuk buang kerja jika pegawai berkenaan terbukti melakukan kesalahan.

"Jabatan Imigresen akan sentiasa telus dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam melaksanakan siasatan berhubung perkara ini," katanya dalam kenyataan, di sini Selasa.

Kira-kira pukul 3.30 petang Isnin, empat pegawai Jabatan Imigresen Selangor ditahan SPRM kerana disyaki mengemukakan laporan bayaran mengandungi maklumat palsu Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi permohonan pasport Malaysia antarabangsa (PMA). - BERNAMA 


SPRM, Jabatan Imigresen Selangor

Artikel Sebelum

Artikel Lain