suria

Cadangan Hukuman Sebat Pegawai Perkhidmatan Awam Terbabit Rasuah

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Hukuman lebih berat termasuk sebatan perlu dikenakan terhadap pegawai perkhidmatan awam yang didapati terbabit dengan kesalahan salah guna kuasa dan rasuah.

Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) dalam kenyataan pada Selasa berkata amalan rasuah yang melibatkan jumlah wang yang besar dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam sangat membimbangkan dan merosakkan reputasi perkhidmatan itu serta negara.

Menurut kenyataan itu, pegawai perkhidmatan awam yang telah diamanahkan sepatutnya tidak menyalahgunakan kedudukan dan kuasa mereka untuk mengkhianati dan melakukan pecah amanah.

"Perlu diambil perhatian bahawa terdapat negara-negara yang menjatuhkan hukuman mati kepada pegawai-pegawai kanan pekhidmatan awam yang didapati bersalah melakukan rasuah, terutamanya yang memegang jawatan kanan," kata kenyataan itu di sini, Selasa.

Justeru Alumni PTD meminta pihak berkuasa dalam perkhidmatan awam meningkatkan penerapan etika dan integriti supaya ia menjadi sebahagian daripada budaya penjawat awam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain