suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kuota Asal Haji Malaysia Dikembalikan - PM

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kuota jemaah Haji Malaysia pada 2017 kembali kepada jumlah asal iaitu seramai 27,800 berbanding 22,320 sebelum ini.

"Kuota Haji buat Malaysia kembali kepada jumlah asal sebanyak 27,800 berbanding 22,320 sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook malam Selasa.

Pengembalian kuota itu pertama kali dilakukan sejak keputusan kerajaan Arab Saudi pada 2013 yang mengurangkan kuota sebanyak 20% bagi setiap negara untuk membolehkan kerja pembesaran Masjidil Haram dilaksanakan.

Pada masa sama, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi di atas inisiatif tersebut.

"Terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang memberi semula kuota haji berikutan selesai pembinaan infrastruktur buat keselesaan jemaah di Mekah," katanya.

kuota Haji, jemaah Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain