suria

Dua Suspek Cubaan Rogol Pelajar Ditahan

Gambar hiasan.

MIRI: Polis menahan dua suspek lelaki bagi membantu siasatan cubaan merogol seorang pelajar tingkatan empat pada Isnin.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata, kedua-dua suspek itu berusia 18 dan 19 tahun berasal dari Taman Promin Jaya Miri.

"Kedua-dua suspek akan direman hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Tidak pula diyatakan di mana kedua-dua suspek ditahan.

Pelajar perempuan tersebut patah kaki kiri dalam cubaan menyelamatkan diri pada Isnin apabila melompat dari kereta yang ditumpangi bersama dua lelaki.

Seorang daripada suspek duduk bersama dengan mangsa di belakang kereta dan seorang lagi memandu ke arah Batu 1 Baram dan enggan menghantar mangsa balik ke rumah. - BERNAMA 
cubaan rogol, PDRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain