suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Simi Dilantik Pengarah Siasatan SPRM

Simi Abd Ghani

PETALING JAYA: Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Simi Abd Ghani dilantik sebagai Pengarah Bahagian Siasatan yang baharu berkuat kuasa pada Selasa.

Simi menggantikan Datuk Azam Baki yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM pada 4 Oktober tahun lalu.

Beliau menyertai SPRM pada 16 Jun 1983 sebagai pegawai siasatan di Ibu Pejabat Badan Pecegah Rasuah (BPR).

Beliau dilantik sebagai Pengarah BPR Sarawak pada 1 Disember 2004 sebelum memegang jawatan sebagai Pengarah BPR Pahang pada 16 Julai 2006.

Pada 1 Januari 2008, Simi memegang jawatan sebagai Pengarah BPR Johor dan dilantik sebagai Pengarah SPRM Selangor pada 2014 sebelum kembali menjadi Pengarah SPRM Johor pada 15 Mac 2016.

Simi Abg Ghani, SPRM

Artikel Lain