suria

Waspada Sindiket Tipu Tiket Konsert Artis K-Pop Di Malaysia

Persembahan kumpulan k-pop sempena FI di KLCC beberapa tahun lalu. Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu berwaspada dengan satu sindiket yang aktif melakukan penipuan melibatkan tiket konsert artis luar negara khususnya kumpulan K-Pop di negara ini.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata anggota sindiket menyamar sebagai 'ejen tiket' atau pekerja syarikat hiburan dan menawarkan tiket pada harga murah kepada mangsa melalui laman sosial Facebook.

"Taktik yang digunakan ialah mereka menghubungi mangsa di laman sosial dan membuat tawaran kononnya mereka boleh mendapatkan tiket VIP dengan harga murah.

"Mangsa yang terpedaya akan membayar wang kepada suspek sebelum suspek menghilangkan diri," katanya kepada pemberita di Wisma MCA di sini, Selasa.

Beliau berkata kes terbaru melibatkan dua wanita berusia 19 dan 32 tahun yang mendakwa kerugian lebih RM4,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket itu.

Chong berkata sindiket berkenaan dipercayai menyasarkan golongan muda yang meminati K-Pop.-- Bernama

K-Pop, Michael Chong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain