suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Sayap Umno Mula Bersidang

Perwakilan yang hadir pada majlis perasmian persidangan serentak sayap-sayap parti sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam Selasa. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga sayap Umno - Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri - mengadakan perhimpunan agung masing-masing, Rabu.

Perhimpunan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016 dirasmikan secara serentak malam Selasa oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga naib presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan presiden.

Ketiga-tiga perhimpunan agung itu bermula pada 8 pagi melibatkan seramai 993 perwakilan Wanita, Pemuda (992) dan Puteri (991).

Antara usul yang akan dibahaskan ialah kos sara hidup, perundangan syariah yang merangkumi penyeragaman undang-undang syariah dan pemerkasaan Mahkamah Syariah serta usaha memperkukuhkan jentera pilihan raya.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dijadual diadakan pada 8.15 malam.

Acara sampingan yang turut berlangsung hari ini ialah Pameran Wasatiyyah dan Perjuangan, dan pelancaran Srikandi@Digital Creative Content.

Artikel Lain