suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Kontrak Didakwa Siram Isteri Dengan Air Panas

PETALING JAYA: Seorang pekerja kontrak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas pertuduhan mendatangkan cedera parah kepada isterinya dengan cara menyiram air panas.

M. Anbalagan, 29, didakwa telah dengan sengaja mendatangkan cedera parah terhadap K. Rehwathy, 28, seorang tukang cuci, dengan cara menyiram air panas ke atas wanita itu di Blok D-15-02, PPR Jalan Pekaka, 8/1, Kota Damansara, di sini, pada 12.30 tengah hari, 27 November.

Dia didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat, manakala Seksyen 326A membawa hukuman penjara dua kali ganda daripada hukuman asal, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Peguam A. Nadarajan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan dia menjaga empat orang anak yang berusia  antara empat dan 11 tahun.

Hakim Manira Mohd Noor membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Disember untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Dera Isteri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain