suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Batal Pengambilan Pekerja Dari Myanmar

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Kerajaan digesa membatalkan dasar pengambilan pekerja asing warga Myanmar sebagai reaksi awal membantah kekejaman dan penindasan dilakukan terhadap etnik minoriti Rohingya di negara itu ketika ini. 

Presiden Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia, Che Hassan Che Johan berkata, kebergantungan pada pekerja asing dari negara itu adalah tidak perlu memandangkan masih ramai pekerja asing dari negara jiran yang boleh mengisi pekerjaan di pelbagai sektor di negara ini. 

"Kami juga mendesak kerajaan agar menghentikan lanjutan permit kerja kepada warga Myanmar yang bekerja di negara ini," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau yakin, Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai hak dan keupayaan untuk mengambil tindakan

tersebut atas dasar kemanusiaan sejagat. - Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain