suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Saliran Air Pada Permukaan Tanah Di Serendah - Pegawai Daerah

Kerja membaik pulih tanah runtuh di Taman Idaman bermula ketika tinjauan fotoBERNAMA pada Isnin.

HULU SELANGOR: Proses pemetaan yang dibuat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di kawasan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini mendapati tiada sebarang saliran pada permukaan tanah.

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, pemetaan dibuat dengan kaedah 'drone video mapping' bertujuan untuk mengenal pasti jika terdapat punca air yang mengalir ke taman perumahan itu. 

"Kerja-kerja cerapan telah selesai dilakukan dan pemeriksaan awal JPS mendapati tiada punca air yang menjadi punca aliran air bawah tanah yang boleh menyebabkan runtuhan tanah berlaku,," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata, laporan awal hasil pemetaan itu akan dibentang kepada Jabatan Kerja Raya bersama laporan Jabatan Mineral dan Geosains dalam masa terdekat dan punca sebenar kejadian tanah runtuh itu akan didedahkan kepada umum.

Katanya, kerja-kerja pengukuhan tebing tanah bagi mengelak berlaku runtuhan susulan telah selesai dijalankan sepenuhnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata, setakat ini tiada lagi pergerakan tanah berlaku.

Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan 340 individu daripada 64 keluarga terjejas dan mereka telah diarahkan untuk mengosongkan kediaman masing-masing. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain