suria

Wisma Putra Sahkan Dua Pengembara Malaysia Hilang Di Iran

-foto Internet
PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan dua pengembara Malaysia hilang di Gunung Damarvand, Iran sejak Ahad lepas selepas mereka dipercayai berpecah.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, kementerian itu berkata Kedutaan Malaysia di Tehran berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuki membantu operasi mencari dan menyelamat serta akan terus memantau kes ini dan memberikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

"Kementerian ingin menekankan kepentingan warga Malaysia yang pergi atau tinggal di seberang laut supaya mendaftarkan diri dengan kedutaan atau pejabat konsul di negara itu terutamanya semasa keadaan kecemasan," katanya.

Sementara itu Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata usaha mencari dan menyelamat kini sedang giat dijalankan.

Beliau berkata pihak berkuasa Iran telah mengerahkan empat pasukan penyelamat untuk menjejaki Ramli Abdul Majid, 44, dan Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50.

"Kementerian Luar berharap kedua-dua pendaki tersebut ditemui segera dalam keadaan yang selamat.

"Kementerian Luar juga ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada pihak berkuasa Iran dalam membantu operasi mencari dan menyelamat kedua-dua pendaki tersebut," katanya dalam satu kenyataan.



Gunung Damarvand, pengembara

Artikel Berikut

Artikel Lain