suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu, Kelindan Lori Cedera Dilanggar Bas Persiaran

IPOH: Pemandu lori dan kelindan cedera apabila kenderaan itu berlanggar dengan sebuah bas di KM 238.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat susur keluar Changkat Jering dekat sini pada Rabu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Abd Aziz Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, lori yang membawa muatan dedak terbabas sebelum terbalik akibat dilanggar bas persiaran yang membawa 29 penumpang dari Genting Highlands ke Pulau Pinang.

"Akibat pelanggaran itu kelindan lori warga Nepal tercampak keluar menyebabkan mangsa mengalami patah di bahagian kaki manakala semua penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Rabu.

Katanya mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan lanjut. - BERNAMA 


pemandu, kelindan, cedera, kemalangan

Artikel Lain