suria

Pejabat Peguam Negara Bantah Permohonan Semakan Kehakiman Teresa Kok

KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara menolak permohonan yang dikemukakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Presiden Persatuan pengguna Wilayah Persekutuan dan Selangor, Yusof Abdul Rahman.

Kedua-dua pihak berkenaan mencabar kenaikan caj letak kenderaan dan penswastaan kutipan bayaran tempat letak kereta.

Bercakap selepas prosiding di kamar hakim pada Rabu, Pendakwa Raya Kanan Persekutuan, Natra Idris berkata, pihaknya akan membuat bantahan terhadap permohonan itu.

Beliau menambah, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Norazlin Othman menetapkan 7 Disember ini untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengemukakan maklumbalas sebagai responden semasa perbicaraan itu.

Kok dan Mohd Yusof memfailkan permohonan semakan semula penghakiman pada 7 Oktober untuk meminta Mahkamah Tinggi membatalkan arahan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz bagi meningkakan kadar letak kereta awam.

Pihak terlibat juga mahu mahkamah mengetepikan arahan untuk melantik Vista Summerose dan Yayasan Wilayah Persekutuan untuk mengutip bayaran letak kereta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain