suria

Nostalgia Politik Dan Kesetiaan

GAYA perhubungan awam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi amat terkenal dalam Umno.

Ia hadir secara semulajadi dalam dirinya dan pada Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri itu benar-benar membawa gaya tersebut dalam majlis perjumpaan bekas pemimpin Pergerakan Pemuda Umno yang pernah berkhidmat dibawahnya ketika beliau menerajui sayap itu.

Ia diiktiraf sebagai Malam Nostalgia 20 Tahun, satu perjalanan yang panjang dan penuh berwarna-warni.

Mereka dari 'kelas 1996', tahun di mana Dr Ahmad Zahid memenangi kepimpinan Pemuda Umno.

Agak luar biasa kerana beliau masih boleh mengenali dan mengingati nama bekas pemimpin itu yang kini sudah berubah wajah seiring dengan usia mereka.

Beliau juga boleh ingat bahagian yang diterajui mereka.

Terdapat lebih 600 bekas pemimpin pada malam itu.

Malah segelintir daripada mereka masih mengagumi beliau sama seperti suatu dahulu.

Kebanyakan mereka datang dengan baju berwarna putih yang sering digunakan untuk mesyuarat parti atau mereka panggil sebagai baju mekanik.

"Ia adalah satu majlis malam persahabatan," kata Dr Ahmad Zahid.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan rasa bersyukur kerana dapat melihat "muka-muka dari empat kolam", merujuk kepada pertembungan empat penjuru dan kem masing-masing semasa pertandingan untuk jawatan tertinggi Pergerakan Pemuda.

Ucapannya benar-benar menyentuh perasaan ditambah pula dengan persembahan slaid mengimbau detik perkhidmatan mereka dalam Pergerakan Pemuda lebih-lebih lagi apabila wajah mereka yang meninggal dunia turut menghiasi skrin.

Namun saat paling memilukan pada malam itu adalah apabila beliau berkata seseorang tidak harus berputus asa dalam politik, salah seorang boleh jatuh pada hari ini dan dalam perjalanan ke atas pada hari berikutnya.

Ada yang berpendapat ia adalah analogi bahawa Umno tidak boleh tawar hati dan tiada cabaran yang tidak boleh diatasi.

Namun ia juga banyak menggambarkan perjalanan politik Dr Ahmad Zahid sendiri di dalam Umno.

Pemimpin Pemuda Umno kebiasaannya diberi jawatan dalam kerajaan tetapi perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak pelantikannya.

Lebih teruk apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998.

Dr Ahmad Zahid terpaksa meletak jawatan dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau dilihat sebagai budak Anwar. Namun semasa dalam majlis itu, beliau memberitahu Anwar sebenarnya cuba menghalangnya untuk jawatan tersebut kerana pemimpin pembangkang itu menyatakan sokongan di belakang Tan Sri Mohd Isa Samad.

"Dengan izin Allah, maka ia akan menjadi milik anda," katanya.

Pada Julai lalu menandakan tahun pertama beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan perhimpunan itu adalah satu cara bagi 'kelas 1996' untuk mengiktiraf perjalanan politik bekas ketua mereka itu dan pada masa sama menunjukkan sokongan terhadap Perhimpunan Agung Umno yang akan datang.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya hadir sebagai tetamu kehormat tetapi perlu menghadiri majlis makan malam angkatan tentera bersama Sultan Kelantan.

Namun beberapa orang kanan Hishammuddin turut hadir dalam majlis tersebut.

Menurut bekas pembangu, Presiden Umno terlalu kuat dan Dr Ahmad Zahid seorang yang setia.

"Dia tidak akan menentang Najib. Namun beliau perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai orang No.2 dan untuk melakukannya, beliau perlu memastikan Hishammuddin kekal sebagai Naib Presiden," kata bekas pembantu.

Beliau amat bernasib baik dalam erti kata lain Malaysia tidak bersedia untuk menerima dua sepupu sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Keakraban Dr Ahmad Zahid dan Hishammuddin agak tulen.

Cakap-cakap dalam Umno berkata perjanjian itu dibuat ketika Najib membawa pasangan tersebut ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Di sana, mereka nampaknya bersetuju bahawa pemimpin yang lebih tua akan menjadi Timbalan Perdana Menteri manakala yang muda akan memberi sokongan penuh.

Pada penutupan majlis Malam Nostalgia, Dr Ahmad Zahid berdiri di depan pintu untuk menghantar keluar semua yang hadir.

"Beliau adalah Timbalan Perdana Menteri yang dikelilingi empat pengawal peribadi tetapi hubungan itu masih terjalin selepas beberapa tahun," kata bekas pembantu tersebut.




Dr Ahmad Zahid Hamidi, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain