Ancaman 'Black Money' Dikaitkan IS, Daesh Perlu Ditangani - Hishammuddin - Semasa | mStar

Ancaman 'Black Money' Dikaitkan IS, Daesh Perlu Ditangani - Hishammuddin

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien (kanan) bersama Menteri Pertahanan yang juga merangkap Timbalan Perdana Menteri Thailand Jeneral Prawit Wongsuwon (kiri) ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia-Thai (GBC MALTHAI) Ke-53 di Wisma Perwira, Khamis.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan memberi jaminan untuk memikul tanggungjawab menangani ancaman jenayah rentas sempadan termasuk kegiatan 'black money' yang dikaitkan dengan kumpulan militan IS dan Daesh.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, kegiatan gelap menerusi jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan orang, senjata dan dadah seharusnya dibendung.

Ini kerana katanya, dikhuatiri wang hasil kegiatan itu disalurkan untuk membiayai pergerakan IS dan Daesh yang boleh mengancam keselamatan negara.

"Jika dahulu jenayah rentas sempadan lebih kepada tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri. Jika ia sampai ke tangan militan IS dan Daesh, ini dah masuk dalam tanggungjawab kita di peringkat Kementerian Pertahanan.

"Ini merupakan kebimbangan terbesar kita, perlu dilihat bagaimana untuk memastikan dana yang diperoleh menerusi aktiviti perjudian dan penyeludupan haram tidak sampai ke tangan pengganas-pengganas di rantau kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Malaysia-Thailand Ke-53 di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, Khamis.

Turut hadir rakan sejawatnya dari Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwon.

Hishammuddin berkata, salah satu cara untuk membendung jenayah rentas sempadan ini adalah menerusi perkongsian maklumat dengan pihak luar terutama negara-negara jiran dan serantau.

"Apa yang paling penting adalah kita perlu mengadakan hubungan dua hala, tiga hala dan serantau dengan mengadakan perkongsian maklumat," katanya.

IS , Daesh , Hishammuddin Tun Hussein , Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

52 Maut Akibat Serangan Bom Di Pakistan

255 Suspek Daesh Ditahan Sejak 2015

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain