suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laporan Polis Dalam Talian Mungkin Dilaksanakan - Nur Jazlan

Nur Jazlan Mohamed.

KUALA LUMPUR: Laporan polis mungkin boleh dibuat secara dalam talian tidak lama lagi tanpa perlu hadir ke balai polis, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Timbalan Menteri Dalam Negeri itu berkata ia akan menjadi sebahagian daripada usaha untuk memodenkan pasukan polis seiring dengan kemajuan teknologi.

"Polis sedang menjalankan satu projek perintis untuk meneroka kemungkinan laporan polis dibuat secara dalam talian.

"Ini bermaksud seorang individu boleh membuat laporan polis menggunakan telefon bimbit atau komputer di rumah tanpa perlu hadir ke balai polis," katanya ketika menjawab soalan tambahan, Khoo Soo Seang (BN-Tebrau) di Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata sistem laporan polis secara dalam talian masih dalam proses penilaian di balai polis Brickfields dan Taman Tun Dr Ismail.

Namun, Nur Jazlan berkata terdapat isu teknikal yang perlu diselesaikan sebelum projek itu boleh dilaksanakan sepenuhnya.

"Perbincangan sedang diadakan dengan Peguam Negara mengenai mekanisme yang akan membolehkan tandatangan digital untuk digunakan sebagai satu cara untuk membuktikan kesahihan laporan dalam talian itu," katanya.

Artikel Lain