suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Juta Pekerja Asing Pegang Permit Kerja Sementara - Zahid

Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR: Hampir dua juta pekerja asing di negara ini memegang permit kerja sementara yang sah, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sejumlah 1,854,684, pekerja asing memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang dikeluarkan Jabatan Imigresen sehingga September tahun ini.

"Bilangan tertinggi adalah dari Indonesia (749,226), diikuti Nepal  (411,364), Bangladesh (237,991), Myanmar (140,259), India (121,430) dan lain-lain (194,374)," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat.

Lim meminta kerajaan mendedahkan jumlah bilangan pekerja asing dan dasar digunakan untuk pengambilan tenaga kerja berkenaan.

"Pengambilan pekerja asing adalah langkah sementara untuk mengisi kekosongan pekerjaan. Selepas tempoh berakhir, mereka dikehendaki kembali ke negara asal mereka," katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan pada 19 Februari lalu memutuskan untuk menggantung permohonan pekerja asing termasuk dari Bangladesh sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja oleh pihak industri.

"Bayaran levi yang dikenakan ke atas pekerja asing berbeza daripada setiap industri dan berkelompok mengikut kategorinya sendiri," katanya.

Ahmad Zahid berkata bayaran levi ditetapkan pada RM1,850 untuk kategori pertama membabitkan sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan manakala sektor perladangan dan pertanian RM650.



Ahmad Zahid Hamidi, PLKS

Artikel Sebelum

Peniaga Maut Disambar Petir

Artikel Lain