suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Rayu Lima Beradik Pulang

Pang menunjukkan gambar lima anaknya yang hilang sejak 31 Oktober lalu.

JOHOR BARU: Ibu kepada lima beradik yang hilang dari Pertubuhan Kebajikan Shan De Johor Baru hanya mengharapkan mereka kembali ke pangkuannya dengan selamat.

Pang Lan Cheng, 45, berkata dia bimbang mengenai kehilangan lima anaknya itu dan berharap mereka akan menghubunginya dalam masa terdekat.

Menurut Pang, kali terakhir dia melihat lima anaknya itu pada 31 Oktober lalu ketika dia mengambil dua cucunya yang tinggal di rumah tersebut.

"Saya hanya mengetahui mereka hilang pada 3 November lalu selepas melihat posting di Facebook," kata Pang pada sidang media yang dianjurkan Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah di sini, Khamis.

Lima beradik berusia antara 10 dan 17 tahun itu dilaporkan hilang sejak 31 Oktober lalu selepas menghadiri majlis keagamaan di Taman Ungku Tun Aminah di sini.

Mereka yang hilang adalah Yeo Soon Chuan, 17, Yeo Soon Shen, 16, Yeo Soon Yuan, 13, Yeo Soon Hoo, 12, dan Yeo Soon Lian, 10.

Lima beradik yang memakai baju-T berwarna merah jambu menghadiri majlis keagamaan di Persatuan Penganut Tian Hou Shen Gong pada 31 Oktober lalu tetapi hilang kira-kira pukul 10.30 malam.





Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kelindan Lori Didakwa Bunuh Abang

Artikel Lain