suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RM1.4 Bilion Tingkat Kekerapan Komuter KL-Seremban

Liow Tiong Lai.

SEREMBAN: Kementerian Pengangkutan memperuntuk RM1.4 bilion bagi meningkatan frekuensi perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) khusus pada waktu puncak, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menteri Pengangkutan itu berkata kerja menaik taraf frekuensi diharap dapat disempurnakan sebelum tahun 2020.

"Kita sedang buat signal link Landasan Berkembar Lembah Klang. Kita akan kembangkannya ke Seremban kerana signal link berupaya tingkatkan frekuensi perkhidmatan komuter," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA Negeri Sembilan di sini Ahad.

Beliau berkata perkhidmatan keretapi akan ditingkatkan dengan memastikan masalah seperti gerabak tergelintir tidak akan berlaku.

Dalam pada itu, Liow berkata pasukan siasatan telah ditubuhkan untuk menyiasat kejadian gerabak barang KTMB tergelincir daripada landasan sehingga menyebabkan ribuan penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) terkandas di Stesen KTMB Ipoh pada Jumaat lalu. - BERNAMA

Artikel Lain