suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir Kilat Tiada Kaitan Dengan Empangan Air Itam - PBAPP

Kelihatan beberapa orang penduduk di kampung berdekatan Jalan P. Ramlee cuba membantu seorang warga emas meredah banjir. fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Banjir kilat yang berlaku di lembah Paya Terubong, Jalan P. Ramlee, Jalan Masjid Negeri dan Sungai Pinang pada Sabtu tidak mempunyai kaitan dengan Empangan Air Itam, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa.

Jaseni berkata PBAPP merekodkan taburan hujan kira-kira 135mm di empangan itu pada Sabtu.

"Terdapat limpahan air minimal sebanyak 12mm di empangan itu kira-kira 7.10 malam. Sebarang limpahan dari Empangan Air Itam akan hanya mengalir ke Sungai Air Itam.

"Sebagai makluman, limpahan 12mm itu tidak cukup untuk mengakibatkan banjir di beberapa tempat di George Town. Tambahan pula, banjir kilat itu berlaku sebelum 7.10 malam," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Mengenai kejadian tanah runtuh di laluan selepas Kuil Kek Lok Si, Jaseni berkata hujan lebat semalam mengakibatkan tanah runtuh di sebahagian jalan selepas Kuil Kek Lok Si, menghala ke Empangan Air Itam.

"Tiada kecederaan dilaporkan, bagaimanapun runtuhan itu mengakibatkan jalan itu tidak boleh dilalui kenderaan. Anggota daripada PBAPP dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang membersihkan kesan daripada runtuhan," katanya.

Beliau menasihati pengunjung ke Empangan Air Itam supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada ketika menggunakan jalan berkenaan pada musim hujan sekarang. - BERNAMA

Artikel Lain