Enam Disahkan Maut Dalam Kebakaran Hospital Sultanah Aminah JB

JOHOR BARU: Enam pesakit terkorban dalam kebakaran yang berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah di sini, pagi Selasa.

Ratusan pesakit lagi dipindahkan ke wad lain susulan kejadian itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan menerusi tweet mengenai tujuh orang terperangkap dalam bangunan dan enam daripadannya telah terkorban.

Seorang mangsa yang terperangkap dapat menyelamatkan diri.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.

"Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali," katanya.

Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Johor Baru (Selatan), Assisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa adalah pesakit di ICU yang terletak di tingkat dua bangunan utama hospital itu.

"Lima mayat dijumpai kira 11.15 pagi manakala seorang lagi sebentar tadi," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang maklumat yang tidak sahih mengenai kejadian itu.kiranya tiada katil sekali," katanya.

Sementara itu seorang saksi kejadian Habibah Abd Ghani, 37, berkata dia hanya menyedarinya kebakaran itu sebaik keluar dari bangunan berkenaan.

"Ketika kejadian saya berada di wad tingkat empat menemani bapa saya yang ditahan dalam wad akibat sakit tulang rusuk. 

"Kemudian saya mendengar riuh rendah dan kami yang berada di situ diminta oleh jururawat supaya keluar dari wad berkenaan. Keadaan adalah terkawal ketika kami turun menerusi tangga sambil dibantu oleh kakitangan hospital," katanya kepada pemberita.

Habibah berkata dia kemudiannya melihat ramai pesakit dan kakitangan hospital berada di sekitar kawasan hospital.

Tinjauan Bernama pada tengah hari tadi mendapati persekitaran hospital  sesak dengan kebanyakan pesakit dan kakitangan masih berada di luar bangunan hospital.




Dalam pada itu Sulaiman berkata ketika kejadian, 294 pesakit dan 193 kakitangan HSA dilapor berada di dalam bangunan sama.

Empat mangsa perempuan dan dua lelaki yang maut itu merupakan antara  tujuh pesakit di ICU berkenaan manakala seorang lagi iatu pesakit lelaki berjaya diselamatkan.

"Sementara itu daripada lapan kakitangan yang berada di wad berkenaan, tiga telah terhidu asap. Jadi kita hantar dua kakitangan berkenaan ke Hospital Sultan Ismail dan seorang lagi ditahan di sebuah wad di HSA," kata Sulaiman.

Pesakit lain telah dipindahkan sementara ke wad-wad di bangunan lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula berkata pesakit yang terjejas sedang dalam proses dihantar ke hospital lain berdekatan Johor Bahru terutama Hospital Sultan Ismail.

Status dan maklumat terkini kejadian itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai kejadian itu. -- Bernama




Kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pencemaran Sg Buah: Air Beracun

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain