suria

Bekas Pekerja Syarikat Media Ditahan Pecah Amanah

KUALA LUMPUR: Seorang wanita tempatan berusia 32 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes pecah amanah di sebuah syarikat media dan komunikasi melibatkan lebih RM200,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata wanita terbabit yang merupakan bekas pekerja syarikat berkenaan ditahan di sebuah rumah di Jalan 11/8E, Petaling Jaya, pada 5 petang Isnin.

"Kesalahan itu didakwa berlaku sekitar November 2013 hingga Jun tahun lepas ketika wanita itu bertugas di Jabatan Kewangan dan Pentadbiran yang bertanggungjawab menguruskan transaksi kewangan dan bayaran bagi syarikat berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Wanita itu dikatakan memindahkan wang syarikat ke akaun peribadinya.

"Seorang pengarah syarikat itu mendakwa pihaknya mengalami kerugian berjumlah RM207,563.24," kata Zainol.

Kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Johor Cadang Kenakan Caj Pemaju

Artikel Lain