suria

Jakim Bertemu Wakil Auntie Anne's Isu Halal - Jamil Khir

Jamil Khir Baharom.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan pertemuan dengan wakil Auntie Anne's pada Khamis berhubung sijil halal syarikat rangkaian makanan berasaskan roti pretzel itu.

Auntie Anne's baru-baru ini diminta untuk menukarkan nama produk sosejnya dari "Pretzel Dog" kepada "Pretzel Sausage" bagi mendapatkan sijil halal.

Bercakap pada sidang media di Parlimen di sini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Jakim sedia berbincang mengenai perkara itu.

Beliau berkata, mereka tidak pernah mahu mengisytiharkan "hot dog" itu haram, sambil menambah apa yang penting adalah kandungan makanan tersebut, dan bukannya nama produk.

"Kadang-kadang kita faham bahawa syarikat mahu mengekalkan jenamanya apabila produk berkenaan sudah pun dikenali dengan nama sedemikian," katanya.

Jamil turut berkata, permohonan pensijilan halal oleh syarikat dilakukan secara sukarela.

"Mereka mahu sijil halal dan terdapat keperluan untuk mematuhi syarat-syarat tertentu bagi mendapatkannya.

"Pada masa sama, bagi sesetengah kes, terdapat makanan mempunyai nama yang tidak menyenangkan, dan kita akan menasihatkan mereka supaya mengubahnya," katanya.

Mengulas mengenai satu "posting" di Facebook mengenai Jakim mengisytiharkan hotdog sebagai haram, Jamil berkata, perkara tersebut adalah palsu.

Mengenai Jakim menyarankan penggubahan nama dari "Pretzel Dog" to "Pretzel Sausage" dalam perolehan sijil halal, Jamil bagaimanapun tidak memberitahu secara jelas.

"Hot dogs" bukan sahaja perkataan yang boleh menimbulkan kontroversi apabila ia membabitkan standard pensijilan halal Jakim.

Di bawah Prosedur Manual Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) 2014, pemohon mungkin ditolak sekiranya makanan mereka mengandungi perkataan-perkataan seperti "bacon", "bir", "rum", "ham" dan "bak kut teh".

Artikel Lain