suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar Objek Disyaki Bom Bawah Lori

PETALING JAYA: Penduduk sekitar Kangar, Perlis digemparkan dengan penemuan objek disyaki bom yang diletakkan di bawah lori muatan satu tan di hadapan kedai perabot.

Insiden itu dikongsikan menerusi satu "posting" bersama beberapa gambar dan video di Facebook pada tengah hari Khamis.

Difahamkan, unit pemusnah bom (UPB) dan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) antara pihak berkuasa yang tiba di lokasi kejadian.

Peranti dari unit pengesan bom.

Menerusi rakaman video itu, kelihatan jentera bomba dengan siren bergegas ke lokasi berdekatan sebuah hotel.

Kawasan di mana lori itu diletakkan dikawal pihak polis dan dipasang jalur bertanda 'garisan polis'.

Sementara itu, laporan Bernama memetik Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, Supt Wari a/l Kiew sebagai berkata, pemeriksaan oleh sepasukan UPB Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis mendapati ia hanya sebuah bekas yang dibalut dengan kain kuning.

Berdasarkan siasatan dan pemerhatian polis kejadian tersebut dikesan tidak mempunyai sebarang unsur ugutan atau jenayah, katanya ketika dihubungi Bernama.

Artikel Lain