Malindo Air Larang Bawa Masuk Galaxy Note 7 - Semasa | mStar

Malindo Air Larang Bawa Masuk Galaxy Note 7

KUALA LUMPUR: Malindo Air pada Isnin mengumumkan larangan membawa masuk telefon bimbit pintar Samsung Galaxy Note 7 ke dalam semua pesawatnya mulai 12.01 tengah malam Isnin.

Menurut syarikat penerbangan itu, larangan tersebut dilaksanakan susulan kebimbangan berlakunya risiko kebakaran berpunca dari bateri peranti berkenaan selepas sejumlah insiden di seluruh dunia.

"Penumpang tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit pintar Galaxy Note 7, dan mereka yang memiliki peranti itu, termasuk telefon gantian - berada pada mereka atau di dalam bagasi daftar masuk - tidak akan dibenarkan berlepas," menurutnya dalam kenyataan.

Malindo Air memohon supaya semua penumpang mematuhi semua arahan keselamatan. - BERNAMA


Samsung Galaxy Note 7 , Malindo Air

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain