Filipina Belum Sahkan Status Kerakyatan Pakar Bom - Semasa | mStar

Filipina Belum Sahkan Status Kerakyatan Pakar Bom

Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Filipina masih belum memberi pengesahan mengenai status kerakyatan seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia yang ditangkap sebelum cuba melakukan serangan bom di negara itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Malaysia masih menunggu maklumat tentang individu yang dikenali sebagai Mohamad Amin yang didakwa adalah rakyat Malaysia.

"Filipina belum mengesahkan lagi perkara ini," katanya.

Pada 8 Oktober lalu, polis Filipina dilaporkan menggagalkan cubaan militan untuk melakukan serangan bom di tengah-tengah bandaraya Manila dalam operasi khas di Quezon City dengan menangkap Mohamad Amin pada pukul 4 pagi.

Mohamad Amin, seorang pakar membuat bom, merupakan antara militan yang dikehendaki dan kerajaan negara itu menawarkan 600,000 peso (lebih RM51,600) bagi sesiapa yang membantu menangkapnya.

Turut ditahan ialah pemilik rumah di mana Mohamad Amin tinggal, Bilal Taalam, dan Adnan Malangkis manakala lapan lagi penyewa rumah berkenaan juga ditahan untuk siasatan.

Polis Filipina percaya ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan Abu Sayyaf di Sulu. - BERNAMA

Mohamad Amin , pakar bom , Khalid Abu Bakar

Artikel Sebelum

Pengarah JANS, Timbalannya Digantung Tugas

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain