SPR Terima 836 Representasi Bantahan Syor Persempadanan Semula

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 836 representasi bantahan bagi Syor Persempadanan Semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Sabah dan Tanah Melayu sepanjang tempoh pameran dan bantahan sebulan yang berakhir, Jumaat lepas.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata berdasarkan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, SPR akan mengadakan siasatan tempatan bagi mendengar representasi bantahan yang diterima.

Bantahan itu diterima daripada kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau sekumpulan orang seramai 100 atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagan pilihan raya berkenaan, katanya. 

"SPR akan memaklumkan kepada pihak pembantah yang layak mengikut undang-undang melalui surat yang akan dikeluarkan SPR kepada pihak yang terlibat mengenai tarikh, masa dan tempat bagi mendengar representasi bantahan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin. 

SPR mempamerkan syor kajian itu bermula 15 September lepas.

Mohd Hashim berkata SPR merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan turut serta dalam proses pameran dan bantahan kali ini.

SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.-- Bernama

SPR, Hashim Abdullah

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain