suria

Enam Warga Thai Ditahan Miliki Dadah Di Langkawi

LANGKAWI: Enam warga Thailand, seorang daripadanya wanita, diberkas dalam satu operasi polis tengah malam Ahad di kawasan Bukit Malut di sini kerana disyaki memiliki beberapa jenis dadah berbahaya.

Antara dadah yang ditemukan ialah 16 gram heroin yang boleh menyebabkan mereka dihukum gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Dr Che Ghazali Che Awang berkata dalam serbuan bermula pukul 12.45 tengah malam itu, kesemua suspek, berumur antara 25 dan 40 tahun ditangkap di dalam sebuah rumah yang dibina di atas permukaan laut.

"Selain heroin, turut ditemui adalah satu keratan penyedut minuman yang disyaki mengandungi 10 gram syabu, 1.5 liter cecair di dalam botol dipercayai air ketum dan dua ikat daun ketum seberat 50 gram," katanya.

Menurutnya operasi itu juga berjaya memberkas enam lagi individu yang disyaki penagih dadah di kawasan yang sama. - BERNAMA

Langkawi, Dadah, Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain