suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut Kemalangan Tiga Kereta Di Slim River

IPOH: Dua terkorban, manakala lima lagi mangsa cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dekat jambatan Slim River, menghala ke Kampung Balun, kira-kira 100 kilometer dari ibu negeri Perak.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kenyataannya berkata, insiden itu berlaku kira pukul 6.40 pagi pada Isnin melibatkan kereta Toyota Innova, Nissan Slyphy dan Perodua Axia.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota penyelamat menemukan tiga mangsa terperangkap dalam Perodua Axia.

"Kesemua mangsa dikeluarkan kira-kira 7.55 pagi," kata kenyataan itu sambil menambah operasi menyelamat diketuai oleh Yussli Abd. Latif.

Identiti kesemua mangsa tidak didedahkan dan punca kemalangan masih disiasat.


Kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain