suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umur Persaraan 60 Tahun Kekal - KSN

SERDANG: Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan usia persaraan penjawat awam daripada 60 tahun ketika ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau menegaskan bahawa umur persaraan semasa yang diperkenalkan pada tahun 2012 sudah memadai di Malaysia dan akan kekal untuk tempoh yang lama.

"Bagi penjawat awam, 60 tahun sudah cukup lama," katanya pada sesi soal jawab pada CEO@Faculty Programme di Universiti Putra Malaysia di sini, Khamis, mengenai sama ada kerajaan bercadang melanjutkan umur persaraan penjawat awam.

Menurut Ali, kira-kira 20,000 hingga 25,000 penjawat awam akan bersara setiap tahun.

"Sekiranya umur persaraan dilanjutkan daripada 60 hingga 62 tahun, ia akan menyebabkan tiada orang bersara dalam tempoh dua tahun. Jadi, kekosongan jawatan akibat persaraan penjawat awam tidak berlaku untuk dua tahun.

"Namun, ini bukan tujuan utama kita tidak mahu melanjutkan umur persaraan kepada 62 atau 65 tahun. Saya rasa 60 tahun itu sudah memadai," katanya.

Umur persaraan penjawat awam di negara ini dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun pada 2001, 56 tahun kepada 58 tahun (tahun 2008) dan 58 tahun kepada 60 tahun pada 2012.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan agar kerajaan melanjutkan umur persaraan penjawat awam memandangkan Malaysia sedang menuju ke arah negara maju.

Umur persaraan kakitangan awam di negara maju seperti Singapura, negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat adalah 65 tahun.-- Bernama


KSN, ALi Hamsa, CEO@Faculty Programme

Artikel Berikut

Artikel Lain