suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penganggur Tetak Ibu Dihadap Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur yang sebelum ini dilapor menetak ibunya sehingga mati didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis.

Rahmat Shahir Rashdan Shakir, 23, dituduh membunuh ibu kandungnya Halimaton Katan, 49, di sebuah kondominium beralamat 2B-01-08, Blok B, Menara Jade, Bukit Indah, Ampang antara 3 hingga 4 pagi pada 4 Oktober lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan  terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 7 Disember untuk sebutan semula kes.-- Bernama

Halimaton Katan, Menara Jade

Artikel Lain