suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Dikhuatiri Lemas Selepas Hilang Di Laut

Gambar hiasan.

LANGKAWI: Seorang remaja lelaki dikhuatiri mati lemas apabila hilang di laut berdekatan Pantai Cenang di sini Rabu.

Max Ng Yik Hang, 18, dari Selangor dilaporkan hilang kira-kira pukul 3.40 petang semasa berenang bersama-sama dua orang rakannya berdekatan pantai itu.

Kehilangan Max berlaku kurang sebulan selepas seorang pelancong warga Mesir ditemukan mati lemas selepas terjatuh dari balkoni chalet di sebuah resort di sini.

Pengarah Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Utara, Laksamana Pertama Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Wee berkata dua rakan Max berjaya diselamatkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang bertugas di pantai itu.

"Operasi mencari dan menyelamat dibuat sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.50 petang Rabu," katanya.

Selain APMM dan APM, operasi SAR turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak polis. - BERNAMA

lemas, Pantai Cenang

Artikel Lain