suria

'Datuk Seri' Antara Ditahan Minta Rasuah Palsu Sijil Kematian

PETALING JAYA: Dua lelaki termasuk seorang 'Datuk Seri' ditahan kerana didakwa meminta rasuah untuk memalsukan sijil kematian.

Suspek ditahan pada Isnin kira-kira pukul 10 malam di kediaman mereka.

Difahamkan suspek bergelar 'Datuk Seri' berusia 46 tahun itu merupakan bekas pegawai khas kepada seorang ahli keluarga kerabat diraja.

Seorang lagi suspek berusia 59 tahun dan bekerja sendiri.

Kedua-dua lelaki itu direman selama lima hari untuk membantu siasatan.

Difahamkan wang ratusan ribu ringgit dan beberapa dokumen dirampas daripada kedua-dua suspek semasa serbuan.

Menurut sumber, dalam kes terbaharu itu, suspek meminta wang sebanyak RM125,000 daripada seorang wanita yang suaminya telah meninggal dunia untuk mengubah ruangan tertentu di dalam sijil kematian berkenaan.

"Mereka meminta wang untuk mengubah sijil kematian atas tujuan tuntutan.

"Kami sedang memeriksa berapa banyak kes membabitkan mereka," kata sumber itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan itu.


Datuk Seri, rasuah, SPRM

Artikel Berikut

Artikel Lain