suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elaun Wang Saku Pelajar Matrikulasi Dibayar 18 Oktober

LABUAN: Elaun Wang Saku Pelajar (EWSP) yang tertangguh pembayarannya kepada sejumlah 21,000 pelajar kolej matrikulasi di seluruh negara sejak Ogos lalu, akan dibayar selewat-lewatnya 18 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata kelewatan pembayaran elaun itu disebabkan kementerian itu perlu menjajarkan semula baki peruntukan kewangan yang sedia ada agar ia dapat digunakan secara optimum.

"KPM komited dan berusaha untuk memastikan penyaluran ESWP kepada seramai 21,000 pelajar di 15 buah kolej matrikulasi di seluruh negara dibayar

selewat-lewatnya pada 18 Oktober ini melalui akaun pelajar masing-masing," kata kementerian itu.

Sejak bulan lalu lebih 100 pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML) yang menghadapi kesukaran kerana tidak menerima elaun itu, diberi bantuan makanan dan minuman setiap hari oleh pihak pengurusan kolej itu.

Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 2,000 pelajar KML, adalah daripada keluarga yang kurang berkemampuan. - BERNAMA

elaun, Matrikulasi, EWSP

Artikel Lain