suria

13 Pemancing, Krew Bot Hilang Di Sabah Dikesan Selamat

Kapal KD Jerong milik TLDM dikerah untuk membantu operas mencari dan menyelamat 13 pemancing dan krew bot yang hilang di Sabah sejak 9 Oktober 2016. - AGENSI

KOTA KINABALU: Kesemua 13 orang termasuk 10 pemancing yang dilaporkan hilang di kawasan perairan antara Pulau Mantanani dan Pulau Mengalum pada Ahad, berjaya dikesan dan berada dalam keadaan selamat.

Mereka dipercayai menghubungi pemilik bot kira-kira tengah hari Isnin untuk memaklumkan lokasi mereka yang berada 60 batu nautika dari perairan Sabah.

Pasukan mencari dan menyelamat serta pemilik bot dalam perjalanan untuk membawa kesemua mangsa itu pulang.

Laksamana Pertama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Adam Aziz berkata, sebuah bot nelayan telah menghubungi pemilik bot untuk memaklumkan penemuan kapal yang hilang itu di kawasan Mantanani.

Pemilik kemudiannya melaporkan maklumat itu kepada jabatan marin dan polis sebelum Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengerahkan KD Jerong manakala APMM menghantar kapal KM Memmon utnuk memberi bantuan.

"Kesemua mangsa dalam keadaan baik. Mereka mungkin kelaparan kerana bekalan yang dibawa sudah habis," kata Adam.

Difahamkan, pemilik bot menghantar beberapa kapal untuk membantu membawa pemancing dan krew kapal pulang ke kawasan Kudat.

Insiden itu berlaku dipercayai berpunca akibat angin kencang dan ombak kuat yang menghanyutkan bot terbabit ke kawasan yang lebih jauh.

Sabah, APMM, TLDM, Hilang

Artikel Berikut

Bekas Wanita Umno Tarik Saman

Artikel Lain