suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ancaman Bom Palsu Cetus Kesesakan Trafik Di Bandar Utama

Gambar Hiasan

PETALING JAYA: Ancaman bom palsu di Universiti Kolej First City Bandar Utama mencetuskan kesesakan trafik lebih dua jam lewat pagi Isnin.

Kejadian itu berpunca apabila pihak kolej menerima panggilan daripada seorang lelaki kira-kira pukul 11.50 pagi yang mendakwa pelajar institusi itu meletakkan bom di kolej berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan tiada bahan letupan ditemukan di kolej itu.

"Selepas melakukan pemeriksaan secara fizikal dan pemerhatian di bangunan kolej menggunakan unit K9, tiada bahan letupan ditemukan," katanya.

Menurut saksi, kira-kira 300 pelajar keluar menyelamatkan diri dari bangunan tersbeut dan berkumpul di luar selepas loceng kecemasan berbunyi.

Trafik dilaporkan lancar di kawasan tersebut selepas kejadian.

Ancaman Bom Palsu

Artikel Sebelum

KKM Siasat Isu Ambulans Lewat

Artikel Lain