suria

Sembilan Berseluar Dalam Jalur Gemilang Dibebaskan

SEPANG: Kesemua sembilan warga Australia yang meluncutkan seluar sehingga menampakkan seluar dalam pada perlumbaan Grand Prix F1 Petronas Malaysia, Ahad lalu dibebaskan dan diberi amaran oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah dan memohon maaf di atas kelakuan mereka.

Hakim Harith Sham Mohamed Yasin merujuk kepada Section 173 (A) Kanun Prosedur Jenayah untuk tidak menjatuhkan sebarang hukuman walaupun kesembilan mereka mengaku bersalah di atas dakwaan menyebabkan gangguan awam.

"Apa yang anda telah lakukan adalah sama sekali tidak wajar dan anda telah membangkitkan sensitiviti rakyat Malaysia.

"Unsur pada bendera merupakan simbol kedaulatan dan agama rasmi negara ini.

"Anda perlu melihat bahawa Malaysia mempunyai budaya yang berbeza berbanding budaya anda.

"Saya dengan ini menjalankan kuasa saya mengikut 173(A), saya dengan ini melepaskan anda daripada pertuduhan dan memberi peringatan kepada kamu semua," katanya.

Kesemua sembilan lelaki yang berusia antara 25 dan 29 tahun itu mengaku bersalah kerana menyebabkan gangguan awa, di bawah Kanun Keseksaan yang membawa denda RM400.

Artikel Sebelum

Artikel Lain