suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdul Hadi Dibenar Keluar IJN Pagi Khamis

Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Sabtu lepas dibenarkan keluar pagi Khamis.

 Ia dimaklumkan Setiausaha Politik Anggota Parlimen Marang itu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

"Alhamdulillah, Tuan Guru Presiden yang kita kasihi telah dapat keluar dari wad hospital pada pagi ini Khamis 6 Okt," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ahmad Samsuri berkata PAS berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan Abdul Hadi.

Bernama sebelum ini melaporkan Abdul Hadi dimasukkan ke IJN bagi rawatan susulan biasa setelah dikatakan tidak sihat serta terpaksa mengehadkan menghadiri program yang telah dijadualkan untuknya.

Artikel Lain