suria

Bisnes Produk Pencuci Sambung 'Hayat' Pusat Tahfiz

KOS sara hidup serta perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran yang semakin meningkat menyebabkan Maahad Tahfiz Ar Ruqaiyyah terpaksa mencari jalan keluar dari masalah ini.

Jika selama ini pusat tahfiz sepenuh masa ini bergantung kepada yuran sebanyak RM190 setiap pelajar dan sumbangan orang ramai untuk meneruskan operasinya, situasi ini telah berubah kerana dana tersebut tidak lagi mencukupi.

Pelbagai bidang perniagaan telah dicuba oleh pengasasnya, Muhammad Fetri Abu Naem namun tidak menampakkan hasil.

Sehinggalah suatu hari beliau bertemu dengan pemilik syarikat produk pencuci keluaran bumiputera, Mohd Syukri Ibhrim.

Sebagai permulaan, Mohd Syukri telah bermurah hati memberikan produk-produknya untuk dijual pada harga lebih rendah berbanding ejen lain dengan kemudahan kredit.

Ikuti temubual khas mStar Online bersama Mohammad Fetri mengenai cabarannya menceburi bidang perniagaan dalam memastikan pusat tahfiz yang diasaskannya dapat terus beroperasi.

Sumbangan boleh disalurkan di:

Madrasah Tahfiz Ar Ruqaiyyah menerusi akaun Maybank: 562133500609

Maahad Tahfiz Ar Ruqaiyyah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain