suria

Paskal Jumpa Mayat Di Pulau Perak

ALOR SETAR: Pasukan Khas Laut (Paskal) yang melakukan rondaan di sekitar Pulau Perak, menjumpai satu mayat yang belum dikenal pasti identitinya, kira-kira 30 meter dari pulau itu, pagi Khamis.

Markas Tentera Darat dalam satu kenyataan memaklumkan, maklumat penemuan itu diterima kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Mahawangsa melalui radio HF kira-kira 10.45 pagi.

"Mayat akan dibawa oleh KD Mahawangsa dan seterusnya akan dipindahkan ke Butterworth dan akan melalui proses pengecaman," katanya.

Dalam kejadian jam 4.40 petang pada Isnin, Koperal Johbartlee Kanil, 32, dari Kota Marudu, Sabah dan Koperal Mohd Faizol Rosli, 29, dari Kampung Sungai Limau di Pulai, Baling, hilang selepas terjatuh ke laut ketika sedang mengambil air.

Kedua-dua mereka dari Batalion ke-4 Rejimen Renjer Diraja (4RRD) berpangkalan di Kem Oran, Perlis masing-masing ditugaskan di Pulau Perak sejak sebulan lalu.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan melibatkan aset TLDM seperti KD Ledang, KD Laksamana Tun Abdul Jamil dan KD Selangor.

Turut melakukan pencarian ialah PASKAL yang melakukan selaman di sekitar pulau itu dan sebuah helikopter Super Lynx.

Paskal, Tentera, Lemas

Artikel Lain